Saturday, June 11, 2011

Secebis Rasa Untuk Berubah


photo credit to Photexpression



Lately, aku banyak copy paste entry orang lain…..i mean article yang lebih islamik..sebab aku rasa sangat menarik entry-entry diorang tu, so aku just post untuk di share kan…yerr aku sedar, aku bukanlah insan yang pandai menulis bait-bait ayat yang indah, kata-kata yang yang penuh madah…cewahh…agak liat sejak akhir-akhir ni untuk menulis entri,now tengah mood dok baca entri orang jek, cehh macam lah rajin sngat wat entri sebelum ni pun..haha...well, even aku copy paste pun, aku harap ianya bermanfaaat untuk korang jugak.tapi aku fikirkan sesuatu yang baik kita perlu kongsi, betul kan…Then aku terfikir la, orang lain ada buat blog mungkin untuk mengejar popularity, mungkin ada yang wat part time untuk mencari duit lebih nuffnang, then aku terfikir lagi, apakah yang kita post kan tu memberi manfaat kat kita balik tak, I mean daripada segi saham akhirat??? Fikir-fikirkanlah..

Aku sedar aku pun bukannya baik sangat, aku pun bukannya pandai nak bertazkirah dan bermadah dengan ayat-ayat al-Quran..aku insan yang amat2 lemah dalam bab tu..tapi aku hanya mempunyai secebis kekuatan untuk terus membaca artikel-artikel dakwah ..lately aku banyak menghabiskan masa dengan membaca artikel di IluvIslam…artikel-artikel kat situ lah banyak membuat aku memuhasabah diri ni… T_T

Aku akui bukan senang nak berubah terus menjadi 100% muslimah yang baik, lagi solehah,even sekarang pun aku tak bersedia lagi untuk pakai tudung labuh litup, berstoking, berqiamullail tiap2 malam, membaca al-matsurat pagi petang, berzikir panjang-panjang lepas solat..aku masih belum lagi mencapat tahap tu, aku masih tengah mencari kekuatan..tapi sekurangnya aku bersyukur aku masih ada niat kearah tu, aku harap rakan –rakan turut sama berasa untuk berubah walaupun dengan niat seinci zarah pun…tapi aku bersyukur kerana Allah ada selitkan sedikit perasaan untuk aku enjoy baca-baca artikel dakwah tu..Alhamdulillah..aku baca tanpa paksaan,just baca and lama-lama benda tu jadi macam rutin macam baca newspaper, bukan macam lecture note yang terpaksa untuk dibaca..hehe…

Seriously sebelum ni, ada gak terlintas dalam pemikiran aku, buat apa lah nak baca-baca artikel cam tu…macam bosan jer ape..dulu aku ada terlintas gak, aish bosan lah dengar nasyid hari2..tapi rupa-rupanya kalau dengar lagu-lagu nasyid ni memang akan dapat ketenangan yang korang tak boleh bayangkan dalam hati, ketenangan yang tak dapat bila dengat lagu omputih yang ada lirik best2 tu..tapi sekrang ni dengar jugak omputih ,bukan tak dengar langsung..bukan diri aku sendiri hadkan untuk tak nak dengar, cuma aku just ikut gerak hati yang mane lagi best aku rasa nak dengar....

maybe semua nilah dinamakan fitrahkan…sejauh mane kite lalai,sejauh mane kita membuat kejahatan, sejauh mane kita mengejar kebendaan dalam dunia, tapi dalam hati kita akan terasa satu kekosongan, I mean dalam hati kita akan ada satu rasa apa yang kita buat serba tak kena, tak mencapai kepuasan apa yang hati kita nak!.

Kuasa Allah yang telah menciptakan hati manusia untuk kembali kepada fitrah,fitrah untuk kebaikan,untuk tunduk taat kepadaNya.. terpulang pada individu tu untuk ambil masa berfikir…selalunya suasana keadaan untuk kita berfikir tu yang mempengaruhi ..cuba suatu hari kita berhenti tengok cerita-cerita video , berhenti sekejap main facebook, berhenti sekejap dengar lagu hits-hits kat radio, I mean berhenti sekejap la daripada perkara-perkara dunia..just take 10 minutes untuk berfikir pasal ketenangan diri..ketenangan apa yang kita nak cari selama ni, then kita ikut gerak hati..lama-kelamaan gerak hati itu akan bawa kamu kepada jalan Islam jugak… contoh yang selalunya yang kita boleh lihat ialah time kita dalam keadaan susah,dalam keadaan kesempitan , time tu lah baru nak tadah tangan mohon pada Allah kan…itulah dinamakan fitrah,kita akan kembali jugak pada fitrah Islam kita..fitrah ad-Din..

Siapa tahu , esok,lusa, bulan depan,tahun depan kita akan berubah lagi,kita akan leka lagi…kita adalah manusia yang tak akan lari daripada membuat dosa,tak pernah tidak mengingkari janji kita pada Dia…Oleh itu, doalah supaya Dia tetapkan hati kita dalam jalan Islam sentiasa, biarpun terleka, terlupa moga Allah akan sentiasa tarik hati kita untuk berada dijalan lurusNya, biar mati dan hidup kita di dalam dalam Islam..insyaAllah..aminn

Kalau korang suma tak keberatan sila la like pagi ILuvISlam di Facebook, and enjoy the updated articles..

Dan kalau korang lagi rajin, bukalah IluvIslam Radio, banyak lagu-lagu dia nasyid yang updated, sambil wat kerja pape juz dengar je lah lagu2 islamik dier..

No comments:

Post a Comment