Monday, August 15, 2011

Dan rasa ini -part 2...

gambar from tumblr..credit to owner


Tidak kusangka, rasa yang menggetarkan hati itu, telah menyedarkan aku untuk berubah jadi lebih baik...sekilas ketika merenungi hikmah rasa cinta yang hadir itu, dia seorang yang baik akhlaknya, soleh..dan aku pun membandingkan diriku dengan dirinya..ternyata jauh berbeza..lalu ku pujuk hati mendoakan supaya suatu hari nanti dapat memiliki pendamping sepertinya..namun bila hati membisikkan mustahil lah untuk aku yang macam ini(maksud aku akhlak dan amalan tunggang langgang) untuk mimpi menjadi pendamping nya...


Namun aku tanya pada diri, jadi kenapa rasa nikmat suka dan cinta itu perlu hadir andai dia bukan untuk jadi milikku, hati rasa sedih lalu memujuk hati mengatakan bahawa mungkin rasa itu hadir untuk menggetarkan jiwaku supaya berubah menjadi lebih baik , maksud nya dari segi akhlak ku, pemakaianku, tutur kata ku,pemikiran ku..yaaa mungkin rasa itu hadir supaya aku melengkapkan diri yang ternyata kekurangan demi berjumpa dengan pendamping idaman yang jauh lebih baik..
Andai begitulah takdirnya, moga bertambah keyakinan aku pada janji Allah, pada takdir Allah, kita mampu merancang, tetapi perancangan Allah jauh lebih hebat..Dia lebih mengetahui yang terbaik untuk kita..yakin lah wahai hati...maka jiwaku ku kembali tenang semula, tidak ku risau dengan masa hadapan, dengan siapakah pendamping hidup aku itu, aku tidak kisah lagi ya Allah,moga-moga dia boleh menemani diri ini untuk ke jalan bahagia di dunia dan akhirat..aminnn ...

Lirik untuk lagu khas entry ini


Doa Seorang Kekasih

Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Lagu : Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records)
Penerbit : Faizal Osman

Penyusun Muzik : Firdaus
Hakcipta : Hijjaz Record Sdn. Bhd.

Kalau nak dengar lagu ni..klik klip video di sini

No comments:

Post a Comment