Saturday, January 21, 2012

GPS Hati


Siapa je yang tak tahu pasal GPS (Global Positioning System) kan, dulu masa saya baru guna kereta, terasa betapa perlunya saya ada GPS sebab asyik sesat jalan jer..memang respek sape yang invented jenama GPS ni , baru terasa senang sikit hati kalau nak pergi jalan mana-mana. Tetapi , siapa kata GPS ni boleh percaya  100%! ..memang lah dah nama pun ciptaan manusia, mana ada sempurna kan..Tapi ada satu alat ciptaan GPS paling hebat ciptaan Allah yang manusia tak sedar yang kita selalu guna, iaitu H-A-T-I . Apa jua perbuatan yang kita lakukan mesti kita akan mengikut gerak hati, betul tak? cuma masalah nyer ada orang kadang-kadang keliru macam mana nak ikut gerak hati yang salah or yang betul. Pernah terjadi kan, bila korang sampai di satu persimpangan yang korang memang tak sure jalan nye, so,korang terpaksa memilih salah satu jalan yang mana tepat untuk sampai destinasi, lepas fikir-fikir dengan logik nya, korang memilih salah satu jalan ni, tapi hati korang still rasa tak sedap, then at last memang korang dah salah pilih jalan pun.(berdasarkan pengalaman sendiri).  Jadi instict gerak hati time tu memang dah bagi petunjuk pun.  Kalau dalam kes emergency pun, kebanyakan manusia akan cepat bertindak mengikut gerak hati berbaanding kepantasan mengikut gerak logik akal kan. Jadi apapun yang kita lakukan apabila dituruti dengan keyakinan hati , insyaAllah itulah pilihan jalan yang tepat bagi korang. Macam mana ek nak harapkan kita selalu dapat gerak hati yang betul? gerak hati yang tepat adalah hati yang selalu dapat petunjuk direct daripada Allah, hmm macam mana nak dapatkan petunjuk direct tu, selalulah amalkan Istikharah. Dulu saya ingat istikharah hanyalah untuk dapatkan petunjuk cari jodoh, sebenarnya kurang tepat, menurut seorang ahli ulama, istikharah juga boleh dilakukan sebagai usaha untuk kita dapatkan sesuatu kepastian agar segala keputusan yang kita ambil adalah sejajar dengan petunjukNya.insyaAllah.

(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hatiorang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.  (Al-Fat-h 48:4) 
p/s : Moga hati bertambah yakin dengan ketentuan dari istikharah cintaMu ya Allah. .. =)

No comments:

Post a Comment