Dalam setiap kehidupan ada cerita, kadang-kadang cerita boleh di abadi dalam gambar,di selit dalam memori lagu, kadang-kadang hanya tersemat sebagai ingatan sahaja, ambil sedetik masa kamu berhenti sebentar untuk berfikir, fikir tentang banyak perkara, tentang masa-masa lalu, sekarang dan masa hadapan .
Monday, February 14, 2011
Awak Jodoh Saya??? Part I
Hohoo title entri ni saja bikin gempak jer ala kan sempena Valentine Day aka hari Pesta Maksiat day ni hah, nak citer la sikit pasal jodoh..ececehh walaupun sampai ke hari ni 14Februari2011 aku nak bagitau yang aku tak jumpa jodoh aku lagi, iyela mane tau kot 15 Februari jumpa ker…haha.. ok, that is not the point ….jadi cuba korang sebut 'cer citer cer citer'..iye iye saya nak cite lah ni..dalam kepala otak saya la sekarang ni ada 3 persoalan mengenai jodoh..tiga jer ok tak lebih..
Persoalan pertama
Macam mana kita nak tahu bila kita jumpa seseorang dan kita akan tahu itulah jodoh kita?
Persoalan kedua
Nak bg scene dulu, bila tengok gambar kahwin pasangan artis ni, dan tak semena-mena saya terfikir la, macam mana kalo sekarang 'contoh bagi artis ni la', they are not been created to each other, apa yang maksudkan ialah bagaimana kalo yang sebenar2nye mereka ni bukanlah jodoh masing-masing..weh korang ingat bila dah kahwin kita dah bertemu jodoh ker..itu wAllahualam..
Persoalan ketiga
Adakah jodoh kita yang diciptakan sejak kita azali adalah memang diciptakan dalam bentuk makhluk atau berupa ciri-ciri? Ok ok hopefully jangan salah faham disini, apa yang saya maksudkan ialah jodoh kita memang si Polan itu, atau jodoh kita adalah si Polan yang mempunyai ciri-ciri jodoh kita yang ditentukan itu?..
Nak jawapan ek?
Jawapan persoalan pertama
~~Kena tanya orang yang lebih berpengalaman ..sape tu?? Orang yang dah berkahwin la..hah pandai pun teka! ..Jangan tanya kat tukang tilik plak.. syok dengar time detik-detik pertemuan pasangan kahwin ni,macam-macam cite ade tapi nak diingatkan dalam tv or drama tu just 5% jer persamaan kalo nak dibandingkan dalam realiti...version realiti lagi best tau, lagi exiting than stereotype pnyer citer drama filem tu..
Jawapan persoalan kedua
~~Wallahualam, saya akan mendoakan mereka bersama hingga ke akhir hayat
Jawapan persoalan ketiga
~~ini adalah atas pendapat masing-masing , sebab saya tak ada hujah-hujah yang kukuh untuk citer pasal hal ni..it's just cross my mind with something that make feel to think about it..
Ok ok aku tau mesti korang nak jugak tahu jawapan nyer kan, masing-masing kan de akal so lu pikirla sendiri..hihii sebenarnye just nak share soalan yang bermain-main difikiran ni jer, untuk jawapan nyer saya bukanlah orang yang arif nak bercakap mengenai perihal agama ni dengan lebih mendalam..insyaAllah,kalo ada mase saya just boleh share2 kan dan kumpul ayat-ayat megenai jodoh ni jer, and for the rest, activatekan la mind masing untuk fikirkannye just untuk jadi panduan ber'jodoh', kalo tak nak fikirkan pun tak ape, saya tau korang suma ada banyak benda lain untuk difikirkan kan? Kan? It's depend on yourself la ..
Kesimpulan
Jodoh adalah benda ghaib iaitu benda yang di luar pengetahuan kita…Jadi, bilamana kita jumpa sahaja si Dia or dinikahkan terus dengan si Dia, kita lah yang kena berusaha untuk menjadikan dia itulah Jodoh kita..bukan kita hanya serahkan pada takdir, bila bercerai salahkan takdir tak ada jodohla apela..mungkin sebab itulah jodoh dijadikan luar pengetahuan kita sebab Allah nak uji kekuatan iman kita, usaha kita untuk sesuatu perhubungan itu. ..
p/s : I'm not a Dr.Love… =P
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment