Dalam setiap kehidupan ada cerita, kadang-kadang cerita boleh di abadi dalam gambar,di selit dalam memori lagu, kadang-kadang hanya tersemat sebagai ingatan sahaja, ambil sedetik masa kamu berhenti sebentar untuk berfikir, fikir tentang banyak perkara, tentang masa-masa lalu, sekarang dan masa hadapan .
Saturday, April 16, 2011
Saya Doakan Awak Dari Jauh
Kenape tetiba rasa macam tak sedap hati malam ni...
Sebelah jiwa rasa macam bersedih…
Kenapa??
Adakah si dia dalam bersedih juga
Jadi aku turut merasa yang sama....
Keliru dengan perasaan hati ini…
Kerana aku dijadikan sebahagian dari dirimu..
Aku turut merasa kesedihan kamu ketika ini..
Ingin sekali aku turut bersamamu…menenangkan jiwamu …
Walaupun kita jauh … bahkan mungkin tak pernah berjumpa…
Tapi mungkin telah diciptakan satu perasaan yang kuat antara satu sama lain..
Ya, kemungkinan boleh jadi….
Apepun jadi, wahai insan yang diciptakan untukku..
Aku tetap mendoakan kebahagiaan dirimu,
Aku harap dia akan tabah, redha dalam mengharungi susah senang hidup ini…
Supaya lekas dirimu menjadi matang daripada guru yang bernama pengalaman
Walaupun dari jauh..aku tetap akan mendoakan mu
Sebab ada Kuasa Yang Maha Agung,
Lebih mengetahui isi hati..Yang Maha Mengetahui…
Yang mampu menyampaikan ucap doa aku kepada mu..
Dialah yang jua memiliki hati kita, yang jua menyatukan kita nanti suatu hari nanti..
Dengan pesanan usah berputus asa,
teruskan melangkah ke hadapan menggapai cita-cita mu..
Aku aka terus dan terus mengingati dalam doa…walaupun dari jauh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment