Saturday, April 16, 2011

Al-Quran itu Penyuci Hati





Ini adalah satu kisah yang sangat menarik.

Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran.

Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.



Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.



Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman.

Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran.

Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.



Pada suatu hari cucunya bertanya,



'Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?'



Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata,



' Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.'



Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.

Orang tua itu ketawa dan berkata.



' Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,'



dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi.

Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah.



Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi.



Orang tua itu berkata,

' saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.'



dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.



Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.



Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong.



Meletihkan, katanya,



' tengok Atuk, tak guna!' ' Jadi anda fikir ianya tidak berguna?'



Orang tua itu berkata,' tengok guni itu.'



Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah.

Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.



'Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran.

Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran.



Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.'



::[ Pengukir Kata ]::



Nurully berkata :

Al-quran itu memang sebuah penawar…memang tak dilihat dengan mata kasar…tapi anda boleh rasa dengan hati..daripada pengalaman, korang mesti pernah dengar jugak kan ayat macam ni ' Tiada muzik seindah alunan Al-Quran' …sekarang memang akui…semua ni bermula sejak pada malam tu..malam tu aku begitu nervous sebab ada ujian lisan praktikal…selalu aku akan baca al-Quran pada setiap malam aku start exam atau ujian la…nak bagi penenang hati kononnyer..malam tu plak aku tak boleh baca al-quran sebab hmmm faham2 nje lah..then aku pun pasang MP5 kesayangan aku dengar alunan bacaan-bacaan al-Quran..just dengar sambil dok selak-selak note dan bergolek2 diatas katil..then tahulah ape jadi lepas tu kan…sampai la terlena… Tau tak ape jadi bila aku bangun keesokkan nyer…aku tak pernah rasa jiwa aku setenang –tenang sangat pada pagi tu..rasa kelembutan perasaan yang tak dapat digambarkan..kalo korang nak rasa, cubalah amalkan benda ni..so since that night, aku selalu amalkan dengar ayat al-Quran pada malam-malam aku bila mana aku terasa memerlukan kekuatan , contoh macam malam exam la katakan, tak kira la sebelum tido or sampai tertido…bukan dengar tapi sekali menghayati la…Then, nikmati rasa perubahan perasaan yang anda x pernah dengar daripada muzik lain…sebab aku ni pun memang kaki dengar lagu-lagu , so boleh wat perbandingan la…



p/s : Cerita di atas adalah berdasarkan kisah benar, niat hati just nak SHARE!!! Sharing is caring kan…so, whatever u said,I just don't care, I just want to SHARE ok?… SELAMAT BERAMAL!!

No comments:

Post a Comment