Thursday, February 9, 2012

Cahaya dalam Hati


Aku bukan insan yang sempurna, kerna aku punya masa silam yang suram. Namun aku masih lagi gagah untuk menjejaki cahaya dalam hati untuk kekuatan pada hari depan. Aku sering cemburu melihat insan yang baik sebab aku fikir mereka sempurna kerna mungkin tak dinodai dosa-dosa silam seperti aku..Memang aku cuba jadi yang terbaik, masih mencuba dan terus mencuba..bagaimana aku boleh berubah, semuanya adalah kerana cahaya dalam hati yang aku harus akui kesyukuran padaNya tak terhingga kerana cahaya itu sudi hadir dalam hati yang suram ini, yang mana pernah suatu ketika hanyut dengan nikmat dunia .. Cahaya itu membuat naluri hatiku tergerak untuk membayangkan indah juga jalan ISLAM itu, indah juga jalan keTAATan padaNya..indah juga keBAIKan sunnah Rasulullah s.a.w....aku tak pandai karang-karang isihati yang panjang, yang bermadah menarik minat ramai orang..cuma aku turut mendoakan semoga insan-insan lain yang membaca ini turut diberi cahaya olehNya juga..aminn

moga-moga cahaya itu tetaplah hadir sampai akhir nafas ini, sampai ke zuriat keturunan akan datang..insyaAllah...

No comments:

Post a Comment