Saturday, February 18, 2012

Perempuan Itu Lebih Baik


Bagi aku, aku lihat perempuan yang bersabar menjaga suaminya sakit, adalah perempuan yang lebih mulia jika nak dibandingkan perempuan yang telah buat banyak amal ibadat tapi selalu memperlekeh suaminya.

Bagi aku, aku lihat perempuan menjaga anak-anaknya ramai, cekap dalam menguruskan rumah tangga nya adalah perempuan yang lebih baik daripada perempuan yang mempunyai karier yang bagus tetapi rumah tangga terabai..

Bagi aku, aku lihat perempuan yang sanggup memberi keutamaan kepada urusan keluarganya berbanding kerjayanya adalah sebaik-baik perempuan yang patut dipilih untuk menjadi suri.

Wahai kaum-kaum perempuan, jangan jadi hamba dunia. Dunia ni matlamatnya memang nak memperjuangkan hak-hak wanita, tapi sifat sebenarnya adalah untuk meruntuhkan nilai-nilai istimewa wanita, terutama dalam mendidik dan menguruskan rumah tangga, hidup kita di dunia ni bukan selama-lamanya, hidup kita adalah diciptakan sebagai fitrah untuk membantu kaum adam, bukan semata-mata untuk bersaing menandingi mereka untuk membuktikan kaum hawa lebih bagus. Apabila kaum hawa hilang sifat fitrah nya, maka terjadilah banyak kemurkaan di muka Bumi ini....


No comments:

Post a Comment